
Subahanallah..Maha Suci Allah..Kenangan yang tidak pernah luput dari ingatan..Pandangan ini jua tidak pernah menjemukan. Teringin nak jadi mutawwif di sana...Masjidilharam. Masya Allah, sukar digambarkan perasaan apabila berada di sana. Saya menyeru barangsiapa yang belum pernah pergi, pergilah.. Rasailah kenikmatannya. Percutian yang tidak membosankan di sana. Berlainan jika anda pergi bercuti ke Bandung, Jakarta, Korea, China dan sebagainya. Perasaan ini tidak akan sama!Rasailah!
Interesting Facts!!
Mengerjakan haji (Bahasa Arab: حج Ḥajj "ziarah") merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji ke Makkah sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :
(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)
Ertinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."
No comments:
Post a Comment